Friday, October 26, 2012

Carbonara Spagetti

Assalamualaikum
Ni berkongsi serba sedikit mengenai spagetti..
Yea....spagetti.. makan spagetti... 



Yang penting kena ada dua objek tersebut

1) Krim carbonara prego

2) Mi Spagetti (fettuccine) tolong sebut dalam bahasa Itali ok. 

Ok..seterusnya kena ada bahan sampingannya jugak tau. Macam watak sampingan kat dalam TV tu..

1) Minyak masak

2) Garam

3) Daging ayam kisar

4) Bawang besar

5) Kentang

Cara-caranya adalah.....

1) Rebus mi spagetti terlebih dahulu lebih kurang dalam 8 minit ke 10 minit sehingga lembut. Ketika merebus spagetti itu, kena masukkan 2 sudu minyak masak dan sedikit garam.

2)  Panaskan minyak, tumiskan bawang besar bersama kentang. Tumiskan sehingga kelihatan sedikit layu.

3) Kemudian masukkan ayam kisar dan kacau sebati sehingga nampak sedikit masak.

4) Masukkan Krim carbonara prego dan kacau lagi sehingga anda nampak hasilnya...


















Ok....lepas tu pandai-pandai lah mendeko nya...
Inilah hasil yang terjadi...
Maaflah tak berapa nak cantik..
Saya bukan ambil kos kulinari ke hape...
hehehehe...
Ok...selamat mencuba...
Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment