Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha :-)

Assalamualaikum semua :-)
Sempena hari raya ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh manusia yang beragama islam dan dalam kesempatan ini juga selamat berbuat baik pada penghulu hari jumaat ini..
Yelah...Jumaat kan penghulu hari, ha'a...ye, ketua hari.. bukan isnin ye kawan-kawan.. Peace.. :-)


Hanya boleh pakai baju kurung dihari raya.. Erk??? Aku pakai ke?.....
Hehehehe......sekadar gambar hiasan. Saja nak cakap yang baju kurung aku ni ada satu pasang aje. Yelah aku ni jenis tak suka pakai baju kurung bukan apa, aku suka jenis baju yang berseluar yelah i kan lasak sikit.. By the way, sembahyang sunat aidiladha pulak aku tak dapat nak buat yelah paham-pahamlah kewanitaan aku terserlah pada waktu yang sedemikian ghupenye.. Tak gitu noksss?? :-P




Oleh kerana aku tak ke mana-mana hari raya ini, maka dengan ini aku hanya dapat sediakan hidangan sepinggan ini sahaja buat diriku yang berada diperantauan.. Aku tak balik kampung tau.  Alamak, aku masih lagi kat Malaysia lah.
Pergh...sebenarnya tengok pada makanan tu kan, kalau kat luar berapa hinggitlah aku kena bayar.
Baik aku buat sendiri.. Sorrylah walaupun nampak tak sedap, ia memang mengenyangkan.  Bukan ape, aku tak tahulah sekarang hobi aku asyik masak saje...! ishk...kalau tak ke dapur tu, memang something wrong kat aku. Percayalah.. 

Oklah, rasanya setakat ini sahaja cerita aku kepada korang.
Nanti see u all in next entry......
Assalamualaikum. :-)


No comments:

Post a Comment