Saturday, April 19, 2014

Pengalaman Temuduga Kadet Sarjan PDRM 2014

Assalamualaikum para-para pembaca blog sekalian,

Kali ini kisah aku nak berkongsi mengenai pengalaman temuduga fizikal, lisan dan medikal check up. Which is 3 stages that i was through. Sebelum aku menceritakan kisah-kisah tersebut, aku harap korang janganlah bosan sebab akan ada yang akan mengooglekan kisah aku ni. Yang lain berminat pada cerita ini,baca dengan penuh kushyuk ye. Terutamanya kepada mereka yang ingin tahu pengalaman temuduga dan akan menghadiri temuduga PDRM. Cerita agak panjang, sekali lagi cerita ini hanya untuk para pembaca yang berminat sahaja.

3 Febuari 2014 lepas aku menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Bahru (IPK) bahawa aku telah dipanggil untuk temuduga eksesais/fizikal. Tetapi sebelum itu, mereka mengarahkan aku untuk pergi mengambil surat tawaran temuduga di IPK tersebut. Dan aku hanya menyuruh kakak aku yang ambil surat tawaran itu bagi pihak aku memandangkan sekarang aku tengah menjalani latihan industri (praktikal) di Kuala Lumpur. Didalam Surat tersebut, tarikh untuk temuduga itu adalah:

Tarikh: 10/02/2014
Masa: 7.30
Tempat: Pusat Latihan Polis Marin Johor Bahru (PULAMAR)

Untuk pengetahuan semua, temuduga ini adalah untuk wanita sahaja. So, boys is not allowed to join. Wakakakakaka. Seperti biasa, dalam surat itu juga calon-calon dikehendaki menggunakan seluar pendek dan baju lengan pendek. Selain itu segala sijil behenti sekolah, transkrip diploma, sijil-sijil yg berkaitan, salinan kad pengenalan mak dan bapak haruslah dibawa sekali. Ops, satu lagi yang penting adalah diploma kamu haruslah mempunyai pengikhtirafan dari JPA. Printkan je dari internet.

Setibanya aku di PULAMAR, pada lebih kurang 7.10 pagi di hantar oleh kakak kesayangan. Di sana aku melihat ramai dikalangan calon-calon dihantar oleh ibu dan ayah masing-masing. Persoalan, mana mak dan bapak aku? Aku kan Sarawakian, jadi mereka kat Sarawak lah dan aku hanya diucapkn semoga berjaya dan pengharapan dari mereka. Sebenarnya aku dah biasa hidup berdikari kat semenanjung ni ditemani oleh kawan-kawan. Apa-apa urusan, aku akan buat sendiri.

Seramai 41 orang calon yang hadirkan diri. Disitu jugalah aku dan yang lain-lain berkenalan sesama sendiri. Tepat pukul 7.30 pagi, kami diberikan sedikit sebanyak taklimat mengenai pengambilan kadet sarjan wanita. Selepas itu, nama kami dipanggil dan kami diberikan salinan 'resume' dari laman web SPA8. Kami semua berasa amat bertuah kerana dari 880000 pemohon untuk jawatan sarjan hanya 18000 sahaja diterima dan selepas ini akan ditapis lagi. Lebih menyedihkan dari 41 yang hadir, 5 orang calon yang sudah berkahwin tidak dibenarkan untuk menyertai temuduga kerana ada masalah tertentu. Jadi hanya tinggal 36 orang sahaja yang layak untuk temuduga tersebut.

Sebelum nama kami dipanggil masuk ke dewan, kami diarahkan untuk mengisi 1 borang peribadi diri. Ketika nama dipanggil masuk ke dewan. kami dikehendaki menggunakan baju lengan pendek dan seluar pendek. Ini aktivitinya:

Stage 1: Ukur timbang berat badan & Sukat ketinggian
*Berat haruslah lebih dari 47kg dan tinggi mestilah lebih 157cm ke atas. Kalau tak cukup, maksudnya korang boleh balik. Nasiblah aku punya berat dan tinggi ideal. Gemuk sangat pun tak boleh tau. (BMI diterima hanyalah 19-26) Nasib baik aku lepas.

Stage 2: Pemeriksaan Fizikal (kaki, tangan, jari, mata,gigi, telinga)
*Sebab tu dorang suruh guna baju lengan pendek dan seluar pendek. Dorang nak tengok jari kita lurus, lengan lurus dan kaki kene lurus. Maksud aku, kalo macam ada kebengkokan kat anggota badan, dorang reject la. Tengok gigi kita mana tau ada pakai gigi palsu. Telinga bertindik atau tak dan mata rabun atau tak. Nasib, alhamdulillah aku berjaya stage ini.

Stage 3: Kawad dan lompat-lompat
*Nak tengok kita boleh berjalan lurus dan tegak atau tak. Kalau kita tak pandai kawad, dorang ajar. Masa tu, dorang test aku berkawad. Aku tak kisah, sebab masa sekolah dulu aku memang aktif berkawad, siap jadi koman pulak tu. Lepas tu dorang suruh aku buat tekan tubi dan sit up. Yang part sit up tu alamak, susah nak bangun yelah aku tak biasa buat sit up. Yang tekan tubi tu boleh lagi la. Lepas tu lompat dimana masa lompat tu lutut kene mencapai perut. Dan satu lagi lompatan yang aku tak ingat namanya. Yang macam lompat katak serta lompat bintang tu la, birdfrog kot ke.. lebih kureng kot.  Tak ingat. Aku ikot je.

Stage 4: Test Suara
*Ini yang tak boleh belah sebab ape aku ingat sampai bila-bila. Test suara selain bagi kata arahan 'dari kiri cepat jalan'. Bagi kata arahan tu memang aku punya suara memang power la, sebab kat rumah, suara aku yang taiko kuatnye. Boleh pulak dorang suruh aku menyanyi, lagu ape aku ingat lagi lagu bahagiamu deritaku dan lagu anak kampung. Ya rabbi, aku punya suara keluar dewan pun dengar kot. Last sekali, dorang bagi borang aku suruh aku baca kuat-kuat, so aku pun baca lah selantang-lantangnya memandangkan aku memang suka cakap kuat-kuat. wakakakaka.

Stage 5: Test Dadah
*Sememangnya test dadah peringkat ini badan kita akan diperiksa sekiranya ada merah-merah yang tidak normal pada mata ataupun kesan bekas suntikan ke ape ke. Alhamdulillah, aku tak pernah ambil dadah yang merosakan akidah ni. So.. aku lulus.


Setelah selesai semua, yang sedihnya dari jumlah kami yang banyak tadi hanya tinggal 20 orang yang berjaya termasuk aku melepasi temuduga tersebut. Yelah, tadi bukan main dah berkenalan kan, tiba-tiba tak dapat bersama pulak. tak pe, yang lain teruskan usaha mungkin bukan rezeki.

Kepada yang berjaya, kami diberi satu lagi surat tawaran untuk temuduga lisan pulak. Temuduga ini adalah temuduga lisan.
Ok. Kenapa lisan? Nak masuk PDRM bukan sekadar fizikal kene tegap, mantap. tetapi mental juga harus diambil kira ketika hendak menyertai PDRM.

Tarikh: 17/02/2014
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Johor Bahru

Kali ini pula kami dikehendaki untuk menggunakan baju formal iaitu baju kurung ataupun kameja. Haruslah berpenampilan kemas dan menarik. Dan bersiap sedia dengan ilmu yang ada didada. chewah ayat aku ni. Ini untuk menguji keupayaan keyakinan untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh panel-panel.

Setibanya aku di tempat tersebut seawal 6.50 am. Rasanya akulah orang yang terawal kot. Kakak aku cakap, nak jadi polis kenelah awal. Baeklah bos. Sambil-sambil aku menunggu calon-calon yang lain, aku membaca apa yang patut. Sebelum temuduga lisan, mereka juga telah memberi tips apa yang patut kita tahu dan apa yang patut dijawab masa temuduga nanti. Tetapi tak semestinya mereka akan bertanya soalan tersebut.

Dalam pukul 7.30 am sebanyak 18 orang yang menghadirkan diri. Semua berpakaian formal dan berpenampilan menarik. Pastikan jagan terlalu over. Rimas pula panel tengok macam orang nak pergi kenduri pulak. Kami diarahkan untuk pergi ke dalam 1 bilik khas untuk melaporkan kehadiran masing-masing.

Disitu nama kami dipanggil untuk memberi sijil-sijil original kepada mereka sebelum menggu giliran. Sebelum itu, kami diajar cara-cara temuduga untuk PDRM. Ia sememangnya berlainan daripada temuduga-temuduga yang lain. Cara atau adat temuduga untuk PDRM special sikit. Suara kena lantang, bagi salam pun tegas, jalan masuk ke dewan berhadapan pun kene jalaan tegak dan ala-ala kawad walaupun guna baju kurung. Memang best dan syok la.

Agak lama jugak lah kami tunggu, dalam pukul 10 pagi baru calon pertama dipanggil. Agak-agak seorang pun dorang ambik masa dalam 20 minit ke 30 minit temuduga dalam tu.  Bayangkan giliran aku yang ke 11 dari 18 orang. Masa giliran aku tu, agak-agak dalam 20 minit jugalah kot sebab macam-macam panael tu tanye. Masuk dalam dewan tu, Ya rabbi macam mahkamah! Ade 3 orang panel semuanya lelaki. Mereka terdiri dari unit pegambilan PDRM tau. Pangkat aku tengok pun tinggi. Berpaku-paku aku tengok.

Soalan yang akan ditanya adalah kenalkan diri kita, latar belakang keluarga, pendidikan kita dan pelbagai lagi isu semasa. Yang penting sekali apa yang kita tahu iaitu kaitkan diploma kita dengan alam pekerjaan PDRM. Itu korang kene terrer lah jawab ok. Dan 1 lagi hal ehwal agama, wajib tahu. Alhamdulillah aku lulus peringkat lisan.

Selepas itu, kami diperiksa untuk membuat ujian dadah dan ujian kehamilan. Macam biasalah ikut ajelah prosidur yang diperintahkan. Alamak, lupa pulak. Daripada 18 orang tadi yang berjaya adalah 16 orang sahaja termasuk aku. Dan selepas buat ujian tersebut maka dengan ini kami merelakan cap jari 10 kami untuk di copkan ke atas 1 kertas identiti. Yelah, nak masuk PDRM semua maklumat kena ada.

Akhir sekali kami di beri 1 borang khas dari PDRM untuk membuat medical check up. Alhamdulillah aku sudah selepai membuat medical check up tersebut. Dan sekarang hanya menunggu keputusan dan jawapan dari Unit pengambilan dari Bukit Aman. Jika itu rezeki buatku, aku menerimanya dengan penuh keikhlasan dan jika bukan rezekiku, maka mungkin ada yang lebh baik lagi buat diriku..

Sekian sahaja perkongsian cerita dan pengalaman aku. Assalamualaikum


21 comments:

  1. Hi arfiqkah. Kalau fizikal semua memang terrer tapi mata ku shorteyes sightedness boleh ka? Nak tanya apa test yang dijalankan untuk eyes test? Look forward for your reply . Bcs I m interested in joining pdrm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Beyondz_Tan, test mata during 1st interview, there will have the officer that will look your eyes. Die akan tanya if u ni rabun atau tak. Mereka akan uji juga sperti melihat objek dekat dan jauh sambil mereka lihat anak mata kita bergerak mengikut objek ataupun tidak. Tetapi semasa medikal check up nanti doktor akan cek mata kita either rabun ataupun tidak.

      Delete
  2. Best if you can contact me or msg me at 0164636202 .and I would like to call you personally for more information because I am keen to join pdrm so badly.

    ReplyDelete
  3. Okok. Kalau kita bagi tahu kita rabun pada first interview maknanya sudah failed? Atau dia orang akan consider lagi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually im not sure. Tp tahap penglihatan haruslah dgn ketetapan v/6/9 tanpa mnggunakan cermin mata. Kes consideration tu i no komen. Masa sy interview tu pegawai yg memeriksa sy memang tegas n strict.

      Delete
  4. Ok. No problem. V6 /9 itu apa ? @@

    ReplyDelete
  5. hai..sy dah cop 10 jari n wat mdical dah n sy pun tgh menunggu surat tawaran drpd bukit aman...inshaallah dapat kalau ada rezeki..btw kalau awk dah dpt surat nnti inform yew..nice blog... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Wan_rusydi, insyaAllah sama2 lah berdoa supaya kita dapat tawaran tersebut. aminnn.. jika awak dh dpt, inform jugak :) tq..

      Delete
    2. soalan cm mn erk depa akan tanya coz bulan 10 saya telah dipgl utk temuduga lisan??

      Delete
  6. salam dear.. saya pon da selesai wat smua 2, tngh tnggu tawarn jer.. insyaAllah hrap2 ad rzeki...

    ReplyDelete
  7. salam saya nak tanya awak dah dapat ke surat tawaran untuk menjalani rekrut 9 bulan tu?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...biasa hal ehwal agama apa yang dia tanya??... Mohon tips sedikit...terima kasih

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...biasa hal ehwal agama apa yang dia tanya??... Mohon tips sedikit...terima kasih

    ReplyDelete
  10. Hi,after I read your experience wanna to know if I have 3 pierced earrings then it is still possible to be a policeman?

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Semua masa temuduga jer... Lepas temuduga u jadi gemuk ke... Kaki bengkok ker... Jari bengkok ker... Tak de hal...

    ReplyDelete
  13. Hllo .klau gigi berlubng trima tak?

    ReplyDelete
  14. bia betul tindik telinga tak dapat ?

    ReplyDelete