Friday, October 24, 2014

Senarai Tempat Kerja..

Assalamualaikum warga dunia blogger..

Maaf, agak lama aku tak update blog selepas tajuk 'pengalaman temuduga kadet sarjan 2014'. Ok, keputusannya aku tak berjaya dan pada masa yang sama akau dapat tawaran ujian online SPA untuk jawatan penolong pengusa kastam w27. Dan keputusannya jugak aku tidak berjaya. Mungkin bukan rezeki ataupun belum sampai rezeki.

Ok, berdasarkan tajuk aku dah mohon kat 'jobstreet' malaysia, aku dah mohon 60 lebih pekerjaan. Dan sebagai tanda diatas kemerajukan sebab tak dapat masuk kerajaan dan cita-cita aku sebagai polis, aku mohon banyak nak mampus jugak la. Dulu bukan main lagi tunggu panggiillan dari Bukit Aman, tapi tak ade pun dorang nak call, yelah aku kan calon yang belum tentu dapat ke tak masuk ke intake kedua nanti. Semua terpulang pada Allah swt. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah swt yang menentukannya.

Ok, kali kedua berbalik lagi pada tajuk, aku kali ni dapat banyak panggilan temuduga. Tengok, Allah maha adil. tau tak berapa banyak temuduga aku pergi? Ada la kot dalam 10 temuduga. Bayangkan dulu seminggu sekali je aku cas hp, masa terima banyak call tu, aku cas hp setiap hari. Alhamdulillah ya Allah, tak dapat panggillan pdrm tapi aku dapat 10 temuduga dan semuanya berjaya. Oleh kerana keberjayaannya aku pergi temuduga kerja antara jawatan yang aku mohon ialah 'human resources assistant dan admin assisstant'.

Ok, nak dijadikan cerita salah satu company yang paling besar aku pernah pergi ialah companty Shell dan jawatan yang dorang tawarkan kat aku adalah 'admin assistant' dan gaji dorang bagi boleh lah tahan gak tapi dorang suruh aku kerja kat Putrajaya. Company yg kedua besar ialah Cargill iaitu syarikat kualiti makanan yang terkenal seluruh dunia, agak cantik gak lah tempat kerja dia yelah boleh tengok seluruh KL kot, agak bangga gak lah sebab kalo aku kerja kt situ, aku kerja kt menara telekom Malaysia yang selama ini menjadi kebanggaan Malaysia yang agak tinggi tu tapi syarikat tu terletak kat level 22. Fuhh..gayat doeee.... Company yang ketiga besar pulak adalah company Fuji Xerox iaitu company dari Jepun tapi jawatan yang dorang tawarkan kat aku adalah 'data entry admin assistant'.

Sebenarnya aku malas nak taip panjang2 kisah aku takut korang lak menyampah, macam lah bagus sangat cerita yang kau tu dapat banyak offer. Aku bukan macam tu beb, aku ni stright to the point yelah depend dengan tajuk yang aku nak cerita kat korang ni. Banayk jugak tempat yang aku pergi, Bukit Kiara lah, Damansarara lah, Petaling Jaya lah a.k.a peeyjey orang cakap. Akhirnya aku mememilih untuk bekerja di sebuah syarikat akauntan sebagai Human resources assistant. Kerja teramat teliti dan berhati2 dalam setiap tugas. Company ni aku tak nak cerita lebih2 sebab agak P&C kat mana kan... ahahahaha...

Kerja aku sekarang adalah kira cuti, buat payroll a.k.a gaji dan satu lagi aku buat recruitment. yelah dah nama pun HR, kene lah buat benda alah tu semua. Disampaing tu aku incharge untuk training dan jugak budak practikal. Ai chewaaahhh... kalo nak compair kat tempat aku practikal dulu, aku buat bahagian cuti je. Sekarang kat company ni agak best dan jugak mencabar yelah boleh jugak buat semua kerja HR. nak gelak siki boleh? hahahahahahaha

Ape2 pun korang doa kan lah aku berjaya dunia dan akhirat tau...

Assalamualaikum. Apa2 yg typo error tu biasalah... ok? bye...