Friday, October 24, 2014

Senarai Tempat Kerja..

Assalamualaikum warga dunia blogger..

Maaf, agak lama aku tak update blog selepas tajuk 'pengalaman temuduga kadet sarjan 2014'. Ok, keputusannya aku tak berjaya dan pada masa yang sama akau dapat tawaran ujian online SPA untuk jawatan penolong pengusa kastam w27. Dan keputusannya jugak aku tidak berjaya. Mungkin bukan rezeki ataupun belum sampai rezeki.

Ok, berdasarkan tajuk aku dah mohon kat 'jobstreet' malaysia, aku dah mohon 60 lebih pekerjaan. Dan sebagai tanda diatas kemerajukan sebab tak dapat masuk kerajaan dan cita-cita aku sebagai polis, aku mohon banyak nak mampus jugak la. Dulu bukan main lagi tunggu panggiillan dari Bukit Aman, tapi tak ade pun dorang nak call, yelah aku kan calon yang belum tentu dapat ke tak masuk ke intake kedua nanti. Semua terpulang pada Allah swt. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah swt yang menentukannya.

Ok, kali kedua berbalik lagi pada tajuk, aku kali ni dapat banyak panggilan temuduga. Tengok, Allah maha adil. tau tak berapa banyak temuduga aku pergi? Ada la kot dalam 10 temuduga. Bayangkan dulu seminggu sekali je aku cas hp, masa terima banyak call tu, aku cas hp setiap hari. Alhamdulillah ya Allah, tak dapat panggillan pdrm tapi aku dapat 10 temuduga dan semuanya berjaya. Oleh kerana keberjayaannya aku pergi temuduga kerja antara jawatan yang aku mohon ialah 'human resources assistant dan admin assisstant'.

Ok, nak dijadikan cerita salah satu company yang paling besar aku pernah pergi ialah companty Shell dan jawatan yang dorang tawarkan kat aku adalah 'admin assistant' dan gaji dorang bagi boleh lah tahan gak tapi dorang suruh aku kerja kat Putrajaya. Company yg kedua besar ialah Cargill iaitu syarikat kualiti makanan yang terkenal seluruh dunia, agak cantik gak lah tempat kerja dia yelah boleh tengok seluruh KL kot, agak bangga gak lah sebab kalo aku kerja kt situ, aku kerja kt menara telekom Malaysia yang selama ini menjadi kebanggaan Malaysia yang agak tinggi tu tapi syarikat tu terletak kat level 22. Fuhh..gayat doeee.... Company yang ketiga besar pulak adalah company Fuji Xerox iaitu company dari Jepun tapi jawatan yang dorang tawarkan kat aku adalah 'data entry admin assistant'.

Sebenarnya aku malas nak taip panjang2 kisah aku takut korang lak menyampah, macam lah bagus sangat cerita yang kau tu dapat banyak offer. Aku bukan macam tu beb, aku ni stright to the point yelah depend dengan tajuk yang aku nak cerita kat korang ni. Banayk jugak tempat yang aku pergi, Bukit Kiara lah, Damansarara lah, Petaling Jaya lah a.k.a peeyjey orang cakap. Akhirnya aku mememilih untuk bekerja di sebuah syarikat akauntan sebagai Human resources assistant. Kerja teramat teliti dan berhati2 dalam setiap tugas. Company ni aku tak nak cerita lebih2 sebab agak P&C kat mana kan... ahahahaha...

Kerja aku sekarang adalah kira cuti, buat payroll a.k.a gaji dan satu lagi aku buat recruitment. yelah dah nama pun HR, kene lah buat benda alah tu semua. Disampaing tu aku incharge untuk training dan jugak budak practikal. Ai chewaaahhh... kalo nak compair kat tempat aku practikal dulu, aku buat bahagian cuti je. Sekarang kat company ni agak best dan jugak mencabar yelah boleh jugak buat semua kerja HR. nak gelak siki boleh? hahahahahahaha

Ape2 pun korang doa kan lah aku berjaya dunia dan akhirat tau...

Assalamualaikum. Apa2 yg typo error tu biasalah... ok? bye...

Saturday, April 19, 2014

Pengalaman Temuduga Kadet Sarjan PDRM 2014

Assalamualaikum para-para pembaca blog sekalian,

Kali ini kisah aku nak berkongsi mengenai pengalaman temuduga fizikal, lisan dan medikal check up. Which is 3 stages that i was through. Sebelum aku menceritakan kisah-kisah tersebut, aku harap korang janganlah bosan sebab akan ada yang akan mengooglekan kisah aku ni. Yang lain berminat pada cerita ini,baca dengan penuh kushyuk ye. Terutamanya kepada mereka yang ingin tahu pengalaman temuduga dan akan menghadiri temuduga PDRM. Cerita agak panjang, sekali lagi cerita ini hanya untuk para pembaca yang berminat sahaja.

3 Febuari 2014 lepas aku menerima panggilan dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Bahru (IPK) bahawa aku telah dipanggil untuk temuduga eksesais/fizikal. Tetapi sebelum itu, mereka mengarahkan aku untuk pergi mengambil surat tawaran temuduga di IPK tersebut. Dan aku hanya menyuruh kakak aku yang ambil surat tawaran itu bagi pihak aku memandangkan sekarang aku tengah menjalani latihan industri (praktikal) di Kuala Lumpur. Didalam Surat tersebut, tarikh untuk temuduga itu adalah:

Tarikh: 10/02/2014
Masa: 7.30
Tempat: Pusat Latihan Polis Marin Johor Bahru (PULAMAR)

Untuk pengetahuan semua, temuduga ini adalah untuk wanita sahaja. So, boys is not allowed to join. Wakakakakaka. Seperti biasa, dalam surat itu juga calon-calon dikehendaki menggunakan seluar pendek dan baju lengan pendek. Selain itu segala sijil behenti sekolah, transkrip diploma, sijil-sijil yg berkaitan, salinan kad pengenalan mak dan bapak haruslah dibawa sekali. Ops, satu lagi yang penting adalah diploma kamu haruslah mempunyai pengikhtirafan dari JPA. Printkan je dari internet.

Setibanya aku di PULAMAR, pada lebih kurang 7.10 pagi di hantar oleh kakak kesayangan. Di sana aku melihat ramai dikalangan calon-calon dihantar oleh ibu dan ayah masing-masing. Persoalan, mana mak dan bapak aku? Aku kan Sarawakian, jadi mereka kat Sarawak lah dan aku hanya diucapkn semoga berjaya dan pengharapan dari mereka. Sebenarnya aku dah biasa hidup berdikari kat semenanjung ni ditemani oleh kawan-kawan. Apa-apa urusan, aku akan buat sendiri.

Seramai 41 orang calon yang hadirkan diri. Disitu jugalah aku dan yang lain-lain berkenalan sesama sendiri. Tepat pukul 7.30 pagi, kami diberikan sedikit sebanyak taklimat mengenai pengambilan kadet sarjan wanita. Selepas itu, nama kami dipanggil dan kami diberikan salinan 'resume' dari laman web SPA8. Kami semua berasa amat bertuah kerana dari 880000 pemohon untuk jawatan sarjan hanya 18000 sahaja diterima dan selepas ini akan ditapis lagi. Lebih menyedihkan dari 41 yang hadir, 5 orang calon yang sudah berkahwin tidak dibenarkan untuk menyertai temuduga kerana ada masalah tertentu. Jadi hanya tinggal 36 orang sahaja yang layak untuk temuduga tersebut.

Sebelum nama kami dipanggil masuk ke dewan, kami diarahkan untuk mengisi 1 borang peribadi diri. Ketika nama dipanggil masuk ke dewan. kami dikehendaki menggunakan baju lengan pendek dan seluar pendek. Ini aktivitinya:

Stage 1: Ukur timbang berat badan & Sukat ketinggian
*Berat haruslah lebih dari 47kg dan tinggi mestilah lebih 157cm ke atas. Kalau tak cukup, maksudnya korang boleh balik. Nasiblah aku punya berat dan tinggi ideal. Gemuk sangat pun tak boleh tau. (BMI diterima hanyalah 19-26) Nasib baik aku lepas.

Stage 2: Pemeriksaan Fizikal (kaki, tangan, jari, mata,gigi, telinga)
*Sebab tu dorang suruh guna baju lengan pendek dan seluar pendek. Dorang nak tengok jari kita lurus, lengan lurus dan kaki kene lurus. Maksud aku, kalo macam ada kebengkokan kat anggota badan, dorang reject la. Tengok gigi kita mana tau ada pakai gigi palsu. Telinga bertindik atau tak dan mata rabun atau tak. Nasib, alhamdulillah aku berjaya stage ini.

Stage 3: Kawad dan lompat-lompat
*Nak tengok kita boleh berjalan lurus dan tegak atau tak. Kalau kita tak pandai kawad, dorang ajar. Masa tu, dorang test aku berkawad. Aku tak kisah, sebab masa sekolah dulu aku memang aktif berkawad, siap jadi koman pulak tu. Lepas tu dorang suruh aku buat tekan tubi dan sit up. Yang part sit up tu alamak, susah nak bangun yelah aku tak biasa buat sit up. Yang tekan tubi tu boleh lagi la. Lepas tu lompat dimana masa lompat tu lutut kene mencapai perut. Dan satu lagi lompatan yang aku tak ingat namanya. Yang macam lompat katak serta lompat bintang tu la, birdfrog kot ke.. lebih kureng kot.  Tak ingat. Aku ikot je.

Stage 4: Test Suara
*Ini yang tak boleh belah sebab ape aku ingat sampai bila-bila. Test suara selain bagi kata arahan 'dari kiri cepat jalan'. Bagi kata arahan tu memang aku punya suara memang power la, sebab kat rumah, suara aku yang taiko kuatnye. Boleh pulak dorang suruh aku menyanyi, lagu ape aku ingat lagi lagu bahagiamu deritaku dan lagu anak kampung. Ya rabbi, aku punya suara keluar dewan pun dengar kot. Last sekali, dorang bagi borang aku suruh aku baca kuat-kuat, so aku pun baca lah selantang-lantangnya memandangkan aku memang suka cakap kuat-kuat. wakakakaka.

Stage 5: Test Dadah
*Sememangnya test dadah peringkat ini badan kita akan diperiksa sekiranya ada merah-merah yang tidak normal pada mata ataupun kesan bekas suntikan ke ape ke. Alhamdulillah, aku tak pernah ambil dadah yang merosakan akidah ni. So.. aku lulus.


Setelah selesai semua, yang sedihnya dari jumlah kami yang banyak tadi hanya tinggal 20 orang yang berjaya termasuk aku melepasi temuduga tersebut. Yelah, tadi bukan main dah berkenalan kan, tiba-tiba tak dapat bersama pulak. tak pe, yang lain teruskan usaha mungkin bukan rezeki.

Kepada yang berjaya, kami diberi satu lagi surat tawaran untuk temuduga lisan pulak. Temuduga ini adalah temuduga lisan.
Ok. Kenapa lisan? Nak masuk PDRM bukan sekadar fizikal kene tegap, mantap. tetapi mental juga harus diambil kira ketika hendak menyertai PDRM.

Tarikh: 17/02/2014
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Johor Bahru

Kali ini pula kami dikehendaki untuk menggunakan baju formal iaitu baju kurung ataupun kameja. Haruslah berpenampilan kemas dan menarik. Dan bersiap sedia dengan ilmu yang ada didada. chewah ayat aku ni. Ini untuk menguji keupayaan keyakinan untuk menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh panel-panel.

Setibanya aku di tempat tersebut seawal 6.50 am. Rasanya akulah orang yang terawal kot. Kakak aku cakap, nak jadi polis kenelah awal. Baeklah bos. Sambil-sambil aku menunggu calon-calon yang lain, aku membaca apa yang patut. Sebelum temuduga lisan, mereka juga telah memberi tips apa yang patut kita tahu dan apa yang patut dijawab masa temuduga nanti. Tetapi tak semestinya mereka akan bertanya soalan tersebut.

Dalam pukul 7.30 am sebanyak 18 orang yang menghadirkan diri. Semua berpakaian formal dan berpenampilan menarik. Pastikan jagan terlalu over. Rimas pula panel tengok macam orang nak pergi kenduri pulak. Kami diarahkan untuk pergi ke dalam 1 bilik khas untuk melaporkan kehadiran masing-masing.

Disitu nama kami dipanggil untuk memberi sijil-sijil original kepada mereka sebelum menggu giliran. Sebelum itu, kami diajar cara-cara temuduga untuk PDRM. Ia sememangnya berlainan daripada temuduga-temuduga yang lain. Cara atau adat temuduga untuk PDRM special sikit. Suara kena lantang, bagi salam pun tegas, jalan masuk ke dewan berhadapan pun kene jalaan tegak dan ala-ala kawad walaupun guna baju kurung. Memang best dan syok la.

Agak lama jugak lah kami tunggu, dalam pukul 10 pagi baru calon pertama dipanggil. Agak-agak seorang pun dorang ambik masa dalam 20 minit ke 30 minit temuduga dalam tu.  Bayangkan giliran aku yang ke 11 dari 18 orang. Masa giliran aku tu, agak-agak dalam 20 minit jugalah kot sebab macam-macam panael tu tanye. Masuk dalam dewan tu, Ya rabbi macam mahkamah! Ade 3 orang panel semuanya lelaki. Mereka terdiri dari unit pegambilan PDRM tau. Pangkat aku tengok pun tinggi. Berpaku-paku aku tengok.

Soalan yang akan ditanya adalah kenalkan diri kita, latar belakang keluarga, pendidikan kita dan pelbagai lagi isu semasa. Yang penting sekali apa yang kita tahu iaitu kaitkan diploma kita dengan alam pekerjaan PDRM. Itu korang kene terrer lah jawab ok. Dan 1 lagi hal ehwal agama, wajib tahu. Alhamdulillah aku lulus peringkat lisan.

Selepas itu, kami diperiksa untuk membuat ujian dadah dan ujian kehamilan. Macam biasalah ikut ajelah prosidur yang diperintahkan. Alamak, lupa pulak. Daripada 18 orang tadi yang berjaya adalah 16 orang sahaja termasuk aku. Dan selepas buat ujian tersebut maka dengan ini kami merelakan cap jari 10 kami untuk di copkan ke atas 1 kertas identiti. Yelah, nak masuk PDRM semua maklumat kena ada.

Akhir sekali kami di beri 1 borang khas dari PDRM untuk membuat medical check up. Alhamdulillah aku sudah selepai membuat medical check up tersebut. Dan sekarang hanya menunggu keputusan dan jawapan dari Unit pengambilan dari Bukit Aman. Jika itu rezeki buatku, aku menerimanya dengan penuh keikhlasan dan jika bukan rezekiku, maka mungkin ada yang lebh baik lagi buat diriku..

Sekian sahaja perkongsian cerita dan pengalaman aku. Assalamualaikum


Sunday, March 30, 2014

Last Minute Preparation

Assalamualaikum..

Wahai warga blogger sekalian alam..
Di sini ingin aku nyatakan bahawa aku adalah Arfiqkah Binti Sudin. Pelajar dari Asia Metropolitan University dari Jurusan Bachelor Of Science (Hons) In Healthcare Management tahun akhir dan akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Sekarang tengah menjalankan latihan industri di Unit Sumber Manusia Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak. Aku amat berbangga kerana dapat diberi peluang untuk praktikal di unit ini dengan pekerja yang memberi tunjuk ajar.

Kalau ada tengok muka ni, janagn malu nak tegur 
(Macam ler aku ni femes sangat)

Disamping itu, aku juga membuat kajian yang bertajuk sekian sekian sekian.... (Sebenarnya belum ade tajuk lagi) Oh maiiii... aku x kisah pun sebenarnya, iam relex forever. Malas anak cerita lebih kan. Sekarang aku tengah dok fikir nak ambil tajuk sains ke pengurusan??? so..what u can say??? Aku ni afford last minute je. Jangan tiru stail aku ok.

Dan semangat pencarian tajuk ini juga telah membuat diri aku tak cukup tidur, tak senang nak makan, tak senang nak mandi, tak senang nak shopping. ape??? shoppingggg????!!!! oppsss kantoi sudah...
Whatever lah ek... Sekian. Taip dengan perasan yang melayang sekarang tau. Amboi, bila aku baca balik entri aku ni ibarat nak hempuk muka ni..hahahahah

Sekian, Terima Kasih. I love U....

Yang Benar,

........................

Ini adalah salinan komputer, tanda tangan tidak diperlukan!!! (aik, marah nampak)

Sunday, February 24, 2013

Click Click at 'Broga Hill'

Assalamualaikum
Para-para pembaca para-para blogger para-para sakura para pramugari pramugara sekalian
(ayat menunjukkan seseorang itu tengah berkhayal lebih)

Sempena kempen click click nature photoshoot kat my U last yesterday, i mean 23/02/2013 semalam lar..
Nak tau tempatnye? ok, tengok detail kat bawah ni..

Time: 5am-11am
Venue: Broga Hill, Semenyih
Theme: Nature Photoshoot
Team: AMU photography & Videography club

Tapi objektif utama aku ni, aku nak syer lah sikit pasal peristiwa peristiwa yang berlaku sepanjang kami naik dan turun bukit ni. Yelah dah 1.7km kot tinggi dia. (boleh tahan gak lah) Curam giler tinggi dia.
Kami start naik lebih kurang pukul 5.30pagi then sampai kat puncak lebih kurang pukul 6.15 pagi. Ade jugak yang bersemangat waja daki bukit ni diorang boleh sampai cepat krang 30 minit. Tapi kepada yang dok semput semput kari krem ape semua diorang amik masa dalam lebih 1 jam agak agak dalm dekat nak ke 2 jam gak lah.(tengok badan gak lah beb!)
Saje nak gtau yang aku amik masa 45 minit je. so medium lah!


 6.45 pagi


7.00 pagi

7.10 pagi


Aku pun dah tak ingat pukul berapa


Dah boleh nampak kan sunset sebalik gunung belakang nun

Shooting tetap diteruskan
Buat muka lah sikit kan...
(Scene 1)

ha...tu dia Subhanallah.. cantiknya...
scene ni yang paling mahal

Ramai yang tunggu saat ini.


Menyaksikan matahari terbit
spoil tol tuala biru kat beg aku tu..


Meng'oppa' Broga hill


Shooting tarik tudung
(scene 2)


1


2

3

4


5

6

7

Aku nak teruskan naik lebih tinggi lagi
Walaupun di tepi-tepi ni ade orang yang tengah berehat sebab tak sanggup nak teruskan



Jom!


suke suki je nak tangkap gambar


memang banyak lalang kat sini


untuk pergi ke puncak yang kedua mesti menglepasi banyak lalang di kiri dan kanan


 Dan lalang lagi


Yea!! dah sampai ke puncak yang ke dua


Kat belakang tu adalah puncak yang pertama


menerokai lalang yang ada
next: journey nak pergi ke puncak yang ketiga


Ni aku nak kenalkan bertudung purple Sabahan ni.
dari kiri: Siti Jubidah, aku & Nurainum 


Perjalanan ke Puncak yang ketiga
Alahai kesian batu besar tu...
Suka suki je orang conteng


Usaha mereka nak naik puncak ketiga tetap di teruskan
Siti Jubidah dan Zetty Sufinas


Shooting ini tetap juga diteruskan
(scene 3)


Tolong menolong iu perlu
Thanks friends..


Aku, Zetty, Nurainum & Siti Jubidah
Muka lega sampai puncak ketiga


Inilah perjalan nak ke puncak keempat. (paling tinggi)
Siap naik main tarik tali pulak..


Yang penting aku dah tawan Broga Hill ni..


skrip dalam hati : 'adoi, cam ner lah aku nak turun balik ni?'


sempoi je time nak turun bergambar pulak kat batu besar ni


Gedik kan, asyik gambar aku je.


dah turun kat puncak yang pertama..
ter'click' pulak president photography club
Suhaida @ Kak Eda


 Sign board itu penting



Dan sign board itu juga membuat orang lain ingin bergambar bersama


kami
muka puasnya naik broga hill


Nature Photoshoot team!!!


Last sekali, masa yang ditunggu tunggu.. hehehehe..
lompatlah setinggi tingginya...
heeeeyyyaaaahhh!!!!!!


Masa sebelum naik ke bukit ni, kene ada niat yang elok tau...
Sambil sambil tu jangan lupa selawat zikir doa ape semua... kepada yang naik bukit ni sebelum subuh, kalo boleh kalau dah sampai ke destinasi pastikan anda solatlah di sini.... (pengalaman solat atas bukit)
Yang penting niat kene betul....
Anyway, thanks kepada sesiapa yang terbaca terlihat tersinggah tertengok blog ni.
Nanti aku update lagi ya dengan cerita yang lebih menarik..
Jumpa lagi di next entry.
Assalamualaikum

Saturday, January 26, 2013

Program Istighasah Al-qubra




                               



Assalamualaikum para pembaca blog
ya, kisah kali ini ialah

'ISTIGHASAH AL-QUBRA'
Penyatuan Ummah

Perjalanan kami dimulakan dengan bismillah
Pada 26.01.2013 yang lalu
Pihak Majlis Perundingan Melayu
Telah membuat satu program yang dinamai

'Istighasah Al-qubra'

Mesti ramai kita yang tidak tahu apa makna sebenar dari perkataan itu
Makna Istighasah bermaksud "meminta pertolongan"
yang diertikan sebagai zikir atau wirid yang dilakukan secara beramai-ramai
ditempat terbuka semata-mata untuk mendapatkan ptunjuk dan pertolongan 
daripada Allah swt 
iaitu meminta pertolongan ketika dalam keaadan sukar dan sulit.

Kami pergi seawal jam 3 pagi
Sampai ke destinasi pukul hampir pukul 4 pagi 
Dan dimulai dengan  Solat
Sunat tahajjud 8 rakaat
Sunat hajat 2 rakaat
Sunat witir 3 rakaat
Subuh 2 rakaat  

DAN

Kami diminta untuk berkumpul di dataran pukul 6.40 pagi
Untuk memulakan program istighasah
Program tamat pukul 8.30 pagi.




Gambar diambil di hadapan dataran Masjid Putra, Putrajaya.
Alhamdulillah sambutan dari saudara sesama islam memuaskan

Sorry ye, saya dah teredit gambar ni supaya make it simple



Inilah kami
Mahasiswa Islam Asia Metropolitan
dan saya juga sebagai editor gambar kelab photoghrapher mengedit gambar ini. :-P




 Para Muslimah



Para Muslimin



 
Dari kiri: Nor Suhaida, Saya, Kak Novaria & Zetty



The End

Diorang siap provide sarapan lagi
Alhamdulillah rezeki lar katakan..

Anyway, thanks sesiapa yang visit blog saya ni
Lama dah tak update blog ni
Almaklumlah lappy problem..
Heheheheh... :-)

InsyaAllah jumpa lagi kat next entries ye..
Assalamualaikum

P/s: Gembira dan terharu dapat jadi tetamu Allah di masjid dan majlis ilmu.
Semoga kita dapat menjadi tetamu Allah swt di Masjidil Haram Mekkah Al-Muqarramah. Amin.